Lahir di Tanjung Piandang, Perak dan dibesarkan di Selangor
Dulunya beliau hanya bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasaraya di
ibu kota pada awal 70-an, di mana ketika itu kebanyakan makanan sejuk beku
tidak dapat dipastikan status halal haramnya (Herman, 2014) . Mengambil peluang yang ada di depan
mata, beliau mendapat idea untuk menghasilkan makanan sejuk beku yang halal
untuk memenuhi permintaan umat Islam di Malaysia. Beliau seorang yang bijak
menggunakan peluang yang ada dan penuh inisiatif walaupun ideanya itu pernah
diperlekehkan sesetengah pihak dan juga pihak bank yang tidak yakin dengan
kekuatan produk beliau. Namun, sokongan keluarga terutama isterinya yang
sentiasa memberikan dorongan kepadanya menjadi pembakar semangat baginya untuk
terus berjaya. Berbekalkan dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman
yang diberikan oleh Bank Pembangunan dan Malaysia Berhad telah membolehkannya
mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya (usahawan.com) .
Walaupun
dihimpit pelbagai cabaran dan halangan, namun, berbekalkan keyakinan yang
tinggi, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya daripada hanya
mengeluarkan daging burger sebanyak 300 keping sehari kepada 30 tan daging
sehari selepas 20 tahun dalam dunia perniagaan (usahawan.com) . Antara produk di
bawah jenama Ramly adalah daging burger ayam dan daging, rangkaian produk
nugget, jejari, sosej dan banyak lagi (Herman, 2014) . Bagi memastikan kualiti produknya
sentiasa berada di tahap terbaik bagi memenuhi citarasa pelanggannya, Makmal
Mikrobiologi Ramly telah ditubuhkan. Tujuan penubuhan makmal ini adalah untuk
memastikan produknya adalah suci dan selamat untuk dimakan pengguna. Proses
bermula dari pemilihan bahan mentah sehinggalah produk siap dihasilkan. Selain
itu, makmal yang lengkap dengan peralatan berteknologi tinggi ini juga berfungsi
sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk Ramly (usahawan.com) .
Bermula
dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, Haji Ramly kini telah
berjaya mengembangkan perniagaannya ke tahap komersial. Syarikat induknya iaitu
Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikatnya iaitu Ramly Food
Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn.
Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd (usahawan.com) . Syarikat
telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan atas
kecemerlangan dan prestasi baik yang sentiasa ditunjukkan oleh mereka. Pada
tahun 2008 pula, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. telah mengambil satu keputusan
besar dengan membuat pelaburan menjangkau RM15 juta bagi pembesaran kilang di
Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur (usahawan.com) . Melalui pembesaran
kilang ini yang disertakan juga dengan penggunaan teknologi yang lebih baik,
dilihat dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga tiga kali ganda dengan
kualiti yang sama standardnya (usahawan.com) .
Antara
isu besar yang dihadapi Haji Ramly adalah isu DNA babi di dalam produk Ramly
Burger yang heboh diperkatakan suatu ketika dahulu (usahawan.com) . Hal ini terjadi
berikutan sebuah blog yang memaparkan salinan surat dari Jabatan Kesihatan
Negeri Kedah yang mendakwa jabatan berkenaan bagi Daerah Yan telah
menemui DNA babi hasil kajian terhadap satu sampel produk Ramly Burger di sana.
Namun perkara ini telah dinafikan sekeras-kerasnya oleh Haji Ramly yang juga
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ramly (usahawan.com) . Dalam surat terbuka
bertarikh 1 Disember 2011, beliau mendakwa bahawa isu ini adalah satu fitnah
untuk mensabotaj syarikatnya yang 100% dimiliki oleh keluarga beliau yang
beragama Islam dengan hampir 1,000 kakitangan yang kesemuanya juga
beragama Islam (usahawan.com) . Beliau menambah,
syarikatnya amat menitik beratkan soal halal haram dan mempunyai jawatankuasa
halal untuk memastikan status halal produk sebelum dikeluarkan di pasaran
(usahawan.com) .
Selain
isu DNA babi, syarikatnya juga menghadapi isu dituduh bertukar tangan dengan
syarikat bukan bumiputera (Herman, 2014) . Namun, perkara itu telah dinafikan
oleh Pengurus Kanan Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Siti Hayu Ramly. Siti Hayu
yang juga anak kepada Haji Ramly menyatakan bahawa pegangan syarikat itu tidak
pernah dijual kepada mana-mana pihak dan masih kekal di tangan pengasasnya
iaitu Haji Ramly bin Mokni (Herman, 2014) . Walau bagaimanapun, khabar-khabar angin
yang hangat diperkatakan itu langsung tidak menjejaskan perniagaan Kumpulan
Ramly malah permintaan terhadap produknya terus meningkat tahun demi tahun (usahawan.com) .


No comments:
Post a Comment