Friday 24 April 2015

DATO' JIMMY CHOO

INISIATIF

          Maksud inisiatif menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kebolehan untuk melihat apa-apa yang perlu dilakukan dan berusaha pula untuk menjayakannya (Pusat Rujukan Persuratan Melayu). Sinonim bagi insiatif pula dorongan, daya usaha dan ikhtiar. Penting bagi seorang usahawan untuk mempunyai ciri inisiatif dalam dirinya. Hidup ini pasti ada naik turunnya ibarat roda yang berputar, kadang-kadang kita di atas dan kadang kala kita di bawah. Dalam sesebuah perniagaan, pasti sesekali usahawan akan menemui kegagalan atau dalam erti kata lain mengalami kerugian. Namun sekiranya sikap inisiatif ataupun ikhtiar untuk mencari jalan yang lain untuk memulihkan perniagaan, pasti daya usaha itu akan membuahkan hasil dalam sesebuah perniagaan. Mungkin perniagaan akan lebih baik daripada sebelumnya.

          Begitu jugalah ciri inisiatif itu ada pada usahawan kasut terkenal iaitu Datuk Jimmy Choo.  Jika 23 tahun dahulu, namanya tidak dikenali di persada antarabangsa, tetapi kini sebut saja Datuk Jimmy Choo pasti ramai yang mengidamkan kasut yang cantik dengan kilauan batu permata rekaan beliau. Lebih membanggakan negara, rekaan anak kelahiran Pulau Pinang ini menjadi kegemaran selebriti luar negara seperti Cindy Crawford, Natalie Imbruglia, Emma Thompson dan mendiang Puteri Diana. Namun, di sebalik kemasyhuran nama Jimmy Choo, pereka ini telah melalui saat getir ketika memulakan perniagaan. Sikap insiatif yang boleh dicontohi daripada Datuk Jimmy Choo adalah anak pembuat kasut ini dahulunya mempunyai kekangan dari segi kewangan untuk membayar yuran pengajiannya di London. Oleh itu, beliau mengambil inisiatif sendiri bekerja sambilan sebagai pelayan restoran bagi mendapatkan wang membayar yuran pengajian.




          Selain itu, Datuk Jimmy Choo juga bersikap insiatif apabila beliau sering memperbaharui rekaan beliau supaya peminat rekaan beliau tidak bosan dengan rekaan yang lama sahaja. Datuk Jimmy Choo juga mengambil inisiatif dengan membuat rekaan baru pada produk yang lain dan tidak tertakluk hanya kepada kasut untuk memperkembangkan jenama beliau. Buktinya adalah puluhan item direka untuk koleksi Jimmy Choo pada tahun 2009 (UtusanOnline, 2009).


          Namun, kasut tinggi Faye Lace Pump adalah item musim bunga dan musim panas tahun tersebut yang paling terkenal. Ia amat sempurna terutama bagi penggemar penampilan gothik dan klasik. Selain itu, satu lagi produk paling terkenal untuk koleksi pra-musim luruh 2009 Jimmy Choo ialah beg gelandang Mandah Animal Print yang juga dihasilkan dengan perincian paling teliti dengan corak tapak harimau bintang (UtusanOnline, 2009). Walaupun ia boleh dikatakan sangat mahal, tetapi dijamin sebagai satu pelaburan jangka panjang yang cukup berbaloi. Hal ini kerana produk itu dihasilkan secara eksklusif dalam kuantiti terhad serta corak dan rekaannya tidak akan lapuk dek zaman. 

No comments:

Post a Comment