Friday 24 April 2015

DATO' JIMMY CHOO

BERPANDANGAN JAUH



          Datuk Jimmy Choo  juga mempunyai ciri-ciri seorang usahawan yang berpandangan jauh. Beliau ingin mendalami lagi bidang kasut dan ingin meneruskan pelajaran di London selama empat tahun. Selepas meyakini ayahnya, iaitu Kee Yin untuk membiayai yuran untuk tahun pertama beliau belajar di London, beliau pun belajar dengan bersungguh-sungguh (UsahawanBerjaya, 2014). Kursus yang beliau ambil adalah selama empat tahun dan beliau perlu bekerja untuk membiayai kehidupan dan yuran selama tiga tahun. Oleh itu, beliau pun bekerja sambilan sebagai pencuci di sebuah restoran dan kilang kasut untuk membiayai kehidupannya di sana.

          Selepas tamat pengajian di London, Datuk Jimmy mencuba untuk membuka kedai kasutnya dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital yang ditinggalkan di Malaysia. Beliau tidak hanya mahu mereka kasut tetapi beliau juga yang berpandangan jauh mahu membuka kedai kasutnya sendiri walaupun beliau mengharungi empat tahun yang mendukacitakan kerana jualan kasutnya amat menyedihkan. Namun beliau tidak berputus asa dan terus bertahan (UsahawanWibawa, 2013). Pada tahun keempat, salah satu rekaan Datuk Jimmy mendapat liputan di Majalah Vogue, sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo mula dikenali. Tetapi beliau masih kecewa kerana walaupun mendapat liputan media jualannya terus merosot, sehingga pada satu masa dia terpaksa hidup dengan hanya memakan mi segera.

          Dengan berkat dan fikirannya yang berpandangan jauh kini jenama Jimmy  Choo dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan, serta menjadi kegilaan artis dan selebriti di serata dunia (UsahawanBerjaya, 2014). Sepasang kasut wanita dijual sehingga mencecah beribu-ribu US dollar. Antara pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes. Banyak orang terkenal memakai dan menempah kasut beliau. Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada (kasut dipakai oleh Meryl Streep) dan In Her Shoes (kasut digayakan oleh Cameron Diaz). Kasut Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem terkenal Hollywood seperti The Devils Wear Prada (Meryl Streep) dan In Her Shoes (Cameron Diaz).

          Beliau yang dari kecil berpandangan jauh untuk belajar di luar negara walaupun tidak mempunyai kewangan mencukupi telah membuahkan hasil apabila berjaya mendapat nama di persada dunia. Walaupun beliau mempunyai masalah pada permulaan perniagaannya namun kesabaran dan kekuatan beliau berjaya membuahkan hasil dengan kejayaannya sekarang. 

No comments:

Post a Comment