Friday 24 April 2015

DATO' JIMMY CHOO

SERBA BOLEH




          Setelah pelbagai kejayaan yang dikecapi dalam dunia perniagaan yang mencabar terutama di peringkat antarabangsa, jenama Jimmy Choo kini bukan sahaja dikenali dengan rekaan kasut semata, malahan, Dato Jimmy Choo telah mengembangkan sayap perniagaannya di dalam pelbagai produk fesyen yang lain. Antara produk yang dikeluarkan oleh jenama Jimmy Choo adalah pelbagai jenis beg, koleksi pakaian mengikut musim, minyak wangi, koleksi pakaian pengantin dan pelbagai jenis perhiasan seperti cermin mata hitam, tali pinggang, skarf, dompet (JimmyChoo) dan yang terbaru adalah keluaran produk cermin mata (EyeWearBrand).

          Melihat kepada keluasan empayar Jimmy Choo ini, membuktikan betapa serba boleh seorang usahawan yang bernama Dato Jimmy Choo. Berbekalkan sifat seorang yang berpandangan jauh, Dato Jimmy Choo sedar bahawa beliau tidak boleh selesa dengan hanya mengeluarkan satu jenis produk sahaja. Oleh sebab itu, beliau mengembangkan perniagaan beliau dalam pelbagai jenis pecahan produk yang sudah semestinya turut mendapat sambutan global daripada pelbagai lapisan masyarakat. Dato Jimmy Choo tidak mengalami sebarang masalah dalam mengembangkan produknya yang lain kerana  beliau telah berdiri kukuh di mata dunia dengan jenama syarikat beliau, Jimmy Choo.


          Benar kata para usahawan berjaya, jika ingin kekal lama di dalam dunia perniagaan, seorang usahawan itu perlu bijak mengembangkan perniagaannya dalam pelbagai bidang, bukannya selesa dalam satu bidang sahaja. Dato Jimmy Choo benar-benar memperlihatkan ciri seorang usahawan yang bijak, kreatif, berpandangan jauh serta serba boleh dan kami percaya bahawa Dato Jimmy Choo tidak akan berhenti dengan produk-produk sedia ada beliau ini, bahkan pasti akan muncul dengan pelbagai jenis produk baru pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment