Friday 24 April 2015

KECEKAPAN MASA (TIME COMPETENCE)


         

Kecekapan masa dalam diri usahawan boleh dihuraikan sebagai kecekapan usahawan dalam mengembangkan perniagaannya mengikut trend semasa atau mengikut permintaan semasa yang tinggi. Selain itu, kecekapan masa juga boleh dilihat dari segi bagaimana bijaknya usahawan itu menggunakan peluang yang ada bagi memenuhi keperluan semasa pelanggan. Sebagai contoh, apabila keperluan pengangkutan udara sangat diperlukan bagi tujuan perjalanan jarak jauh tetapi harga terlalu mahal, disitulah muncul usahawan yang memperkenalkan perkhidmatan pengangkutan udara berharga rendah dan contoh ini sesuai ditujukan kepada usahawan pengangkutan berjaya iaitu Tony Fernandes.
          Namun bagi menghuraikan dengan lebih terperinci nilai kecekapan masa ini, kami memilih pelopor barangan borong berjaya Malaysia iaitu Dato Hj Ameer Ali Bin Mydin. YBhg. Dato 'Haji Ameer Ali bin Mydin dilahirkan pada 4 Jun 1956 di Kota Bharu, Kelantan dan merupakan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd atau lebih terkenal dengan nama Mydin Mall (Mydin, 2012). Dengan sokongan kuat dan berterusan daripada ahli keluarga dan kakitangan, beliau membuat Mydin pemborong terbesar dan peruncit di negara ini yang beroperasi lebih daripada 95 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia (usahawan.com). Rantaian perniagaan MYDIN telah berkembang ke dalam jenis perniagaan dari emporium, pasar raya besar, kedai serbaneka, pasar mini dan bazar, dan perolehan MYDIN kini melebihi RM1.6 bilion setahun (usahawan.com).
          Beliau menyifatkan kejayaan beliau kepada ciri-ciri kepimpinan yang berdisiplin seperti ketepatan masa, disiplin, kejujuran, dan kesederhanaan. "Jika anda tiba tepat pada masanya anda lewat!" (usahawan.com). Moto ini telah memeluk oleh pekerja-pekerja dan ahli keluarga. Dato Haji Ameer Ali telah menumpukan tenaga dan kepakaran untuk ekonomi Malaysia kesejahteraan. Beliau membuat sumbangan besar kepada pembangunan industri runcit Malaysia bukan sahaja dengan aktif menyokong dan mempromosikan produk tempatan dan IKS / PKS tetapi juga menjalankan perniagaan cara yang sihat dengan mengamalkan produk dan perkhidmatan halal (Mydin, 2012).
          Berbalik kepada kisah peribadi pengasasnya, Mydin Mohamed telah berkahwin dengan seorang gadis dari India, Rowshan Bhai yang ketika itu berusia 15 tahun pada tahun 1949. Mereka dikurniakan tujuh orang anak, iaitu empat orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Kini, legasi Mydin diterajui pula oleh anak lelaki Mydin Mohamed yang kedua iaitu Dato’ Ameer Ali Mydin (Mydin, 2012). Beliau yang berkelulusan Masters in International Business daripada Sanoma State University, California mula menyertai perniagaan bapanya pada tahun 1987, setelah beberapa tahun berkhidmat dengan Arab Malaysian Merchant Bank. Di bawah kepimpinan Dato’ Ameer Ali Mydin, beliau telah menjadikan Kumpulan Mydin sebagai salah sebuah pasaraya yang terlibat dalam program TUKAR (Transformasi Kedai Runcit) (Mydin, 2012).
          Di bawah program ini, Mydin berperanan sebagai konsultan dan pembantu dalam melaksanakan program ini. Program inisiatif daripada Kementerian Perdagangan dalam Negeri ini bertujuan untuk memodenkan kedai runcit tradisi (usahawan.com). Proses transformasi ini merangkumi pengaturan semula barang niaga, pelaksanaan ‘point of sales system’ yang lebih efisien, dan peningkatan rupa bentuk luar dan dalam kedai. Kedai runcit yang terlibat dalam program ini akan diberi pinjaman oleh Bank Rakyat sebanyak RM20000 hingga RM60000 (usahawan.com). Berikutan kejayaan program TUKAR ini juga, dan di atas tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat, Kumpulan Mydin telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi operator bagi projek Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M). Sebagai operator, Mydin dipertanggungjawabkan untuk membantu dalam memasang peralatan kedai dan pengurusan bekalan, IT Support, memberi kemahiran teknik dan jualan serta latihan kepada para peniaga baru (usahawan.com).
          Melihat beliau sebagai tokoh yang sangat sesuai dengan ciri kecekapan masa ini adalah kerana, dengan kenaikan harga barangan dan permintaan yang tinggi terhadap keperluan asas kehidupan seorang manusia, beliau sangat bijak memperkenalkan konsep jualan barang pada harga borong ini. Segala yang diperlukan ada di Mydin dengan harga yang sangat rendah dan kuantiti yang banyak. Kejayaan yang dikecapi Kumpulan Mydin pada hari ini sebenarnya bertitik-tolak daripada ciri-ciri kepimpinan yang diamalkan oleh pihak atasan Mydin yang amat berdisiplin, mengamalkan kesederhanaa serta mementingkan kejujuran dan ketepatan masa. Selain itu, kejayaan yang dikecapi ini juga bukanlah diwarisi secara turun-temurun dengan sewenang-wenangnya (Mydin, 2012). Sebagai contoh, Dato’ Ameer Ali Mydin tidak bekerja terus di syarikat bapanya sejurus tamat pelajaran di universiti. Beliau menimba pengalaman terlebih dahulu di Arab Malaysian Merchant Bank dan setelah yakin dengan ilmu dan pengalaman yang diperolehinya, barulah beliau mulai berkhidmat dalam perniagaan keluarganya.
          Legasi Mydin pada mulanya diasaskan oleh Ghulam Hussein Jamal. Bapa beliau, Encik Jamal merupakan seorang imigran muslim yang berasal dari India. Beliau ketika itu hanya mampu membuka sebuah kedai kecil di Pulau Pinang untuk menyara keluarganya di Malaysia (Mydin, 2012). Namun, semuanya berubah apabila kedai kecil beliau musnah dibakar semasa Perang Dunia Kedua dan beliau telah hilang segala-galanya. Tetapi, perniagaan keluarga itu tidak terhenti setakat itu sahaja (usahawan.com).
          Berbekalkan keazaman yang jitu, anak lelaki beliau, Mydin Mohamed Ghulam Hussein bangkit untuk meneruskan perniagaan bapanya (Mydin, 2012). Pada tahun 1957, Mydin Mohamed telah membuka kedai pertamanya yang dinamakan Syarikat Mydin Mohamed dengan menyewa sebahagian rumah kedai di Jalan Tok Hakim, Kota Bharu, Kelantan dengan menjual mainan bermodalkan wang hasil titik beliau sendiri (Mydin, 2012). Daripada keuntungan penjualan barangan mainan inilah, beliau mula membeli produk tambahan lain seperti pemetik api, belon dan jarum untuk dijual di kedai kecilnya itu (Mydin, 2012). Beliau juga turut menjual kad permainan Aladdin yang popular suatu ketika dahulu yang dikirim melalui pos daripada bapanya di Pulau Pinang.
          Bermula dari situlah, perniagaan beliau berkembang luas hingga ke Terengganu pada tahun 1979 dan kemudiannya di Jalan Masjid India pada tahun 1989 hasil bantuan daripada anak-anaknya (Mydin, 2012). Berpegang pada visi ingin menjadi pengedar terkemuka dunia yang memberi perkhidmatan yang kompetitf dan Halal di Malaysia, Syarikat Mydin Mohamed kini dikenali sebagai MYDIN MOHAMED HOLDINGS BHD dan telah berjaya muncul sebagai antara perniagaan runcit dan borong yang terbesar di Malaysia dengan jualan tahunan mencecah RM1.6 bilion (Mydin, 2012).

          Menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh Dato’ Ameer Ali Mydin dalam memacu aspirasi industri peruncitan dan usahawan bumiputera di Malaysia, beliau telah diberi pelbagai pengiktirafan daripada pelbagai pihak (usahawan.com). Antaranya adalah dianugerahi dengan gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang pada tahun 1999. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Keusahawanan Asia Pacific Entrepreneurship Award (APEA) for Malaysia Region, penerima anugerah ‘Malaysia Business Leadership Awards 2009’ oleh Kuala Lumpur Chamber of Commerce, dan juga Brand Laureate SMEs Chapter Awards 2009. Pengiktirafan yang diterima oleh beliau tidak menjadikan beliau lupa diri mahupun riak, malah menjadikan beliau semakin bersemangat untuk memajukan legasi perniagaan keluarganya ini (usahawan.com). Mengukuhkan lagi pendapat kami bahawa keluarga besar Mydin ini adalah contoh terbaik bagi nilai kecekapan masa dalam dunia usahawan.

No comments:

Post a Comment